Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Khamenei dalam pertemuan bersama ketua-ketua agensi kehakiman menekankan betapa pentingnya kerjasama dan solidariti di kalangan kakitangan kerajaan.
Merujuk kepada perkembangan terkini di Iraq, beliau berkata, "Kuasa imperialis Barat yang dikepalai Amerika menjadi dalang terhadap fitnah di Iraq. Republik Islam Iran menyatakan pendirian tegas terhadap mana-mana campur tangan Amerika dalam urusan dalaman Iraq. Iran percaya rakyat, kerajaan dan marja' agama sedang memikul tanggung jawab untuk menghapuskan api fitnah itu."
Tambah beliau lagi, "Saya selalu menasihatkan ketua-ketua jabatan kerajaan agar meningkatkan kerjasama yang termasuk isu utama dalam negara."
"Salah satu cabaran utama negara tersebut ialah perlawanan serius dengan kuasa angkuh dunia yang mengancam Republik Islam Iran. Realiti ini perlu difahami. Sekiranya kita tidak mahu memahami permusuhan kuasa angkuh dunia terhadap kita, maka kita melakukan kesilapan dalam menganalisa masalah negara. Mereka yang tidak melakukan persediaan untuk melihat tingkah laku kem musuh bagaikan orang yang menutup mata dari melihat musuh," tegas Khamenei.
Beliau menyatakan sebab utama permusuhan Amerika terhadap Republik Islam Iran ialah wacana baru kejatuhan kuasa angkuh dunia. Tambah beliau lagi, "Mengenai isu Iraq, kuasa-kuasa imperialis Barat, terutamanya rejim Amerika Syarikat cuba mengambil kesempatan daripada kejahilan dan prejudis beberapa elemen yang mencurigakan."
Pemimpin Agung Revolusi Islam ini menambah, "Matalamat utama situasi terkini di Iraq ialah menafikan kemajuan yang dicapai oleh rakyat, terutamanya pemerintahan demokrasi meskipun terdapat kehadiran dan gangguan Amerika Syarikat. Amerika tidak berpuas hati tentang situasi semasa di Iraq, iaitu mengadakan pilihanraya dengan peratusan keluar mengundi yang agak tinggi di kalangan rakyat dan mereka memilih calon-calon yang dapat dipercayai walaupun ia sudah menakluki Iraq dan meletakkan talibarutnya."
Merujuk kepada usaha-usaha beberapa pegawai Amerika yang ingin menghuraikan perkembangan di Iraq sebagai perang agama, Khamenei berkata, "Apa yang terjadi di Iraq bukanlah perang antara Syiah dan Sunni. Sebaliknya kuasa angkuh dunia ingin menghancurkan keamanan dan kesejahteraan Iraq serta mengancam itegriti wilayah-wilayah negara ini dengan menggunakan saki baki pengikut rejim Saddam sebagai elemen utama manakala penganut ajaran Takfiri sebagai infantri."
Tambah beliau lagi, "Perang utama di Iraq ialah antara orang yang ingin mengembalikan Iraq kepada pengkalan Amerika dan orang yang ingin membantu Iraq mencapai kemerdekaan."
Sambil menegaskan bahawa rakyat Iraq sendiri mampu menghadapi fitnah ini, beliau berkata, "Kami menentang campurtangan Amerika dan pihak lain dalam isu dalaman Iraq kerana kami percaya bahawa kerajaan tersebut, rakyatnya dan para marja' agama mampu menamatkan fitnah ini dengan izin Allah, mereka akan menamatkannya".
23 Jun 2014 - 19:03
News ID: 618423

Statistik peratusan keluar mengundi yang tinggi di kalangan rakyat Iraq meresahkan Amerika.